Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Isteri pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Isteri yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa isteri bangun untuk sediakan
sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan
keluar bekerja pada pukul 6.30 pg
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, isteri buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk
memasak dan kemas rumah.Isteri kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa
yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat
bekerja.
Kaunselor : Apa Isteri en zainal buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan
dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia
tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak
bekerja?? Rutin sehatian isteri bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat
malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan
segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat
penting!
credit to Malaysian Seafarer
6 comments
kak azi, tetiba rasa macam si suami tu pulak yang x keja..
heheheee...
actually si isteri yang lebih banyak buat keje kan...
Mrs.Mazlan : tu la...bkn la kata org yg keje kat opis ni x penat bila blk rmh kn tp isteri yg x keje ni pun penat gak....keje yg non stop
Myra : tau xapa...heheh
Bcuti hjg minggu menyelesaikn hal r/tangga lebih lelah bbding mhabiskn 5hr bkerja di opis.. X sabar mghabiskn 2 hr bcuti tu..
Kak Azimah,
Rasa nak bagi makan kasut je suami tu...tapi bagi saya,lagi untung jadi surirumah dari career woman,sbb balik rumah double kerja nak kena buat..weekend dah habis buat kerja rumah...meanwhile ,surirumah dah boleh jalan2 sbb hari isnin masih ada untuk dia sambung kerja rumah tu...
Huhuhu..entah bilalah dapat merasa jadi surirumah ni...
Apapun,suami harus bersyukur dikurniakan isteri untuk membantu..
wifenavy : ^_^ i know what u mean.even sy ni x keje but sy phm
Mas : sbr sbr....x smua suami yg memahami situasi isteri x kira la yg bekerja atau pun surirmh.surirumah ni mmg byk keje especially bila anak2 dh mula skolah.btul tu mas,wanita yg berkerjaya ni mmg berganda penatnya berbanding surirmh....insyaAllah ada rezeki tu.....someday ^_^