Followers

15 May 2012

apabila seorang pelaut jatuh cinta


pic from google


Apabila seorang pelaut jatuh cinta,
Maknanya pasangan pelaut itu mesti seorang yang luar biasa.

Apabila seorang pelaut itu memilih pasangan,
Maknanya pasangan pelaut itu seorang yang tabah dan setia.

Apabila seorang pelaut itu ingin berkahwin,
Maknanya pasangan pelaut itu tahu apa yang bakal dihadapinya.

Ini kerana,
Apabila pelaut itu sudah belayar,
Pasangannya akan di tinggalkan di daratan.
Menjalani kehidupan tanpa suami atau isteri.
Membesarkan anak seorang diri.
Memikul tanggungjawab seorang diri.

Oleh itu,
jika pasangan anda seorang pelaut,
Dirinya mngambil keputusan untuk berpisah dengan anda,
Itu tandanya,
Dia menyayangi diri anda lebih dari pengetahuan anda.
Dia tidak mahu anda bersedih menunggu kepulangannya.
Dia tidak mahu anda menjalani kehidupan tanpanya.
Dia tidak mahu anda membesarkan anak seorang diri.
Dia tidak mahu anda menyelesaikan masalah tanpa dirinya.



Ramai orang tahu pelaut sememangnya akan meninggalkan keluarga, anak, isteri, orang tersayang mahupun teman wanita dalam tempoh yang agak lama. Bukan mereka mahu itu terjadi.tapi iulah yang harus pelaut dan orang yg hampir dengan mereka terima.

Berbalik kepada cinta sang pelaut, siapkah yang layak untuk cinta sang pelaut ini?
Apa yang boleh saya katakan orang yang paling layak menerima cinta pelaut haruslah seorang yang sangat-sangat istimewa dan luar biasa.


Kenapa?


Bila bercinta pasangan harus mempunyai tahap kesabaran yg tinggi, mempunyi tahap kepercayaan yang tinggi dan harus sentiasa berdoa agar pasangan mereka (pelaut) berada dalam keadaan sihat dan sejahtera serta selamat dalam pelayaran. Dimana mereka semasa sang perempuan memerlukan tempat untuk bermanja? Disinilah terujinya kesabaran hati sang kekasih untuk menerima kekasihnya bergelar pelaut.


Bila berumah tangga sememangnya ditahap ini terbuktinya keistimewaan dan luar biasanya pasangan pelaut, semasa pelaut dalam pelayaran maka semua tanggungjawab harus dipikul sendiri oleh isteri. Kekuatan tanpa seorang suami disisi menjalani kehidupan sangat mencabar. Dialah isteri dan dialah suami.


Tanpa suami dalam membesarkan anak-anak dan menyelesaikan masaalah tanpa seorang suami disisi adalah tugas yang tak mampu ditanggung oleh sebarangan isteri. Sesungguhnya pelaut pergi meninggalkan pasangannya itu adalah tandanya pelaut sayangkan isterinya dan anaknya kerana mereka sanggup bergelut dengan ombak yang besar demi memberikan nafkah yang halal kepada anak dan isteri mereka, maka hargailah mereka. Jika seseorang sanggup menerima pelaut sebagai pasanganya, maka percayalah CINTA DENGAN SEORANG PELAUT AMAT TINGGI NILAINYA.

Kepada Pelaut Malaysia terutamanya marilah kita selami sejenak hati dan perasaan pasangan kita,bagaimana dia menempuh hidup tanpa kita disisi, maka hargailah pasangan kita kerana dia yg lebih banyak berkorban untuk kita.




credit to : http://www.akasiamag.com




05 May 2012

Seks Untuk Kesihatan

(Mohon maaf jika artikel ini agak menyinggung ketenteraman sesetengah pihak atau mengakibatkan ada segelintir orang yang teruja atau mudah menjadi “hysteria” dengan artikel ini. Tujuan kami hanyalah sekadar untuk berkongsi maklumat. Tidak lebih daripada itu. Terima Kasih.)

Seks adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika diamalakan secara betul. Oleh itu, seks hanya HALAL kepada pasangan yang sudah berkahwin sahaja. Terdapat beberapa faedah seks kepada kesihatan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan:

1) Mengurangkan Berat Badan –Aktiviti seks boleh membakar sebanyak 75 - 150 kalori setiap setengah jam. Aktiviti seks hampir setara dengan senaman lain seperti yoga (114 kalori setiap setengah jam), menari (129 kalori setiap setengah jam) atau berjalan (153 kalori setiap setengah jam). Seks juga boleh membantu mengekalkan kekuatan otot anda kerana rangsangan seksual dan inzal menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon testostron, yang salah satu fungsinya ialah untuk membina dan mengekalkan tisu dan otot anda.

2) Tingkatkan Kesihatan Jantung – Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling banyak membunuh wanita. Bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, mengurangkan pengambilan garam, gula dan lemak merupakan cara untuk mendapatkan jantung yang sihat. Seks juga merupakan senaman yang meningkatkan nadi serta pengaliran darah. Menurut kajian yang telah dilakukan, aktiviti seks sebanyak 1-2 kali seminggu boleh mengurangkan 2 kali ganda risiko serangan jantung.

3) Membantu Tidur lebih Nyenyak – Jika anda mengalami masalah untuk tidur di waktu malam, ia merupakan petanda anda mengalami tekanan atau stres. Pasangan yang kerap melakukan hubungan seks melaporkan, mereka dapat mengatasi tekanan dengan lebih mudah. Perasaan tenang selepas inzal membantu badan anda untuk berehat sepenuhnya. Berdasarkan laporan penyelidikan, ramai pasangan yang dapat tidur dengan mudah dan nyenyak sepanjang malam selepas melakukan hubungan seks.

4) Meningkatkan Sistem Imunisasi – Seks boleh menjadikan sistem imunisasi anda kuat. Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Wilkes University, Pennsylvania, individu yang melakukan hubungan seks 1-2 kali seminggu menunjukkan 30% peningkatan antibodi immunoglobulin A yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi.

5) Meningkatkan Kesihatan Mental – Apakah cara yang paling mudah untuk meningkatkan mood dan melawan tekanan perasaan? Hubungan seks dalam keadaan yang HALAL dan penuh KASIH SAYANG boleh membantu. Secara psikologi, seks membantu meningkatkan kesihatan mental kerana intimasi dan kasih sayang yang terlibat membantu mengurangkan tekanan. Hasilnya, paras hormon kortisol akan menurun. Hormon kortisol dikeluarkan oleh badan akibat stres dan ia boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan kencing manis.

6) Membantu Melegakan Kesakitan –Menurut pakar kesihatan, seks dapat melegakan kesakitan dengan pengeluaran hormon oksitosin yang merangsang penghasilan endorfin, pelega kesakitan.

7) Membantu Pengawalan Pundi Kencing – Mungkin agak pelik pada pendengaran anda, tetapi seks dapat membantu pengawalan otot-otot pundi kencing anda. Pakar seks menyarankan senaman Kegel (kemutan otot pelvic) setiap hari dan sewaktu seks. Senaman ini bukan sahaja boleh meningkatkan rangsangan, tetapi juga menguatkan otot-otot yang terlibat dengan penyakit “incontinence” iaitu kurang pengawalan pundi kencing dan menyebabkan anda “tercicir” sewaktu bersin atau batuk. Cara senaman Kegel ialah ketatkan otot pelvic anda sebagaimana anda menahan kencing. Tahan selama 3 saat dan lepaskan. Ulang sebanyak mana yang anda mahu.

8 ) Mencantikkan Kulit –Aktiviti seks akan menggalakkan badan anda mengeluarkan pelbagai hormon yang meningkatkan kesihatan keseluruhan termasuklah kulit anda. Semasa hubungan seks, badan anda kan menghasilkan hormon “dehydroepiandrosterone” yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan kulit.



credit toEnsaiklopedia Petua Melayu Lama



01 May 2012

Sparing

Lama dah tak update blog ni.Makin berhabuk plak rasanya.Bukan tak ada idea nak buat entry but bila aje buka blog,idea terus hilang entah kemana.

Ok la nak teruskan story...Pada 27.4.2012,me and both of my sons dah pun dpt belt baru kami.Rasa macam baru aje ambil exam dah dpt belt.Terima kasih to my huby atas sokongan beliau.Bulan 7 ni ada exam lg.Cepat betul masa berlalu.Baru aje dapat dah nak exam lg.










Pada 29.4.2012 bertempat di Dewan Sekolah Wawasan USJ Sec 15 telah diadakan pertandingan sparing.Disebabkan pertandingan ni mini sparing just nak bg budak2 exposer so perlawanan is kalah mati.Even mcm tu pun perlawanan abis pukul 5ptg.









Zulhilmi and Zahirul masuk pertandingan spring ni,mereka dalam kategory bawah 9 thn.Zahirul lawan dulu.even dua kali dia jatuh but dia tak serik ok aje.


Zahirul lawan dengan budak yang same age dgn dia just belt lain aje.Opponent Zahirul belt hijau.Zahirul takut2 nak lawan but its ok for me sebab dia tetap nak cuba.Zahirul dapat no 3.







Opponent Zulhilmi plak belt kuning.Perlawanan dia ok actually just  it wast his luck that time.So Zulhilmi dpt no 4





Sebenarnya saya bukan mengharap pun anak-anak dapat no 1 sebab ni 1st time mereka masuk dalam pertandingan ni so its a good exposer actually to them.InsyaAllah next tournament mereka boleh melakukan dengan lebih baik lagi







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...